Maka sesungguhnya kami telah meriwayatkan daripada Ali ibn
Abi Talib, Abdullah ibn Mas‘uud, Mu‘az ibn Jabal, Abu al-Darda’, Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Anas ibn
Malik, Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudrie r.a. daripada berbagai-bagai jalan (sanad) dengan
riwayat yang bermacam-macam bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menghafal atas
umatku empat puluh hadis daripada (hadis yang) berkenaan dengan agama mereka, nescaya Allah akan
membangkitkannya pada hari kiamat dalam golongan para fuqaha’ dan ‘ulama.” Dalam suatu riwayat
lain:
“Nescaya Allah akan membangkitkannya sebagai seorang faqih dan ‘alim.